Ekzema : info dan cara mengatasinya tanpa ubatan steroid


INFO LENGKAP TENTANG ECZEMA

1) Apakah Ekzema dan Gejala Gejalanya?

Ekzema (dikenali sebagai dermatitis atopik) memberi kesan kepada kira-kira 10 hingga 20 peratus kanak-kanak, kebanyakkan mempunyai gejala yang tidak teruk, tetapi ada kronik dan tidak srmbuh walau dewasa

Ekzema didiagnose dengan gejala seperti ruam bersisik merah yang mungkin berkerak ; kulit kering gatal, kata Miriam Weinstein, pakar dermatologi pediatrik di Hospital Toronto .

Bayi selalu mengalami ekzema pada dahi, pipi dan kulit kepala, pelipat dan juga siku. "ruam boleh terjadi di mana mana sahaja bahagian kulit" kata Weinstein.

2) Siapa yang berisiko mendapat ekzema?

Jika anda atau ada ahli keluarga yang ekzema, asma atau resdung,  allergik, anak anda berisiko mendapat ekzema, tetapi anak-anak yang tidak mempunyai sejarah allergik dalam keluarga pun boleh mendapat ekzema. Ia biasanya muncul sebelum umur dua tahun.

"Berita baiknya 60 hingga 70 peratus kanak-kanak akan sembuh daripada ekzema bila meningkat remaja" kata Janice Heard, pakar kanak-kanak.

3) Apa yang menyebabkan ekzema?

Kulit biasa bertindak sebagai halangan ia memegang air di dalam dan pada masa yang sama melindungi apa yang di bawahnya dari dunia luar. Disebabkan oleh kecacatan dalam genetik, penghidap ekzema mempunyai halangan kulit yang rosak.

Kulit hilang kelembapan, dan bendasing mudah menembusi kulit dan masuk ke dalam badan dan "menghidupkan" sel-sel imun kulit. Inilah yang mencetuskan keradangan dan membawa kepada gatal-gatal dan ruam. (Virus dan bakteria tertentu juga mudah menjangkiti, menjadikan bayi dan kanak-kanak ekzema lebih terdedah kepada jangkitan kulit.)

4) Apa yang boleh anda lakukan?

"Kita tidak boleh menyembuhkan ekzema, ia adalah penyakit genetik,  tetapi ia adalah satu penyakit yang boleh dikawal," Weinstein.

Pakar mengesyorkan setiap hari 15 minit rendam dalam air suam untuk menambah kelembapan kulit . Elakkan air panas, sabun kimia dan mandi buih, yang boleh menyebabkan gatal, kemerahan dan ekzema flare-up. Untuk semua jenis cucian, basuh pakaian, basuh pinggan mangkuk, mainan kanak kanak, guna sabun yang tidak tajam.

Selepas anak anda mandi, perlahan-lahan tepuk tepuk tuala pada badannya untuk menyerap air, semasa kulitnya masih sangat lembap, sapu krim pelembap. Sepanjang hari pastikan dia memnyapu krim pelembap 2-3kali

Pilihan krim bergantung kepada kesesuaian kulit anak anda. Pesakit ekzema mempunyai alahan yang berbeza. Cuba dahulu mana-mana krim yang dicadangkan, jika tidak merengsakan kulit dan menjadi radang maka krim itu sesuai untuk anak anda. Mulakan rawatan ekzema seawal yang mungkin.

5) Mencegah flare-up?

Anda harus mengetahui apakah punca yang boleh menyebabkan ekzema flare up. Antara penyebabnya mungkin termasuk fragrance dan pewarna dalam produk seperti syampu, sabun, bahan pencuci pakaian dan juga kain kasar seperti bulu domba.

Ada juga yang bertindak balas kepada bulu haiwan. Menggaru juga boleh menyebabkan flare up, jadi pastikan kuku bayi pendek dan licin.

Bagi sesetengah kanak-kanak, cuaca yang panas serta udara yang hangat boleh mencetus ekzema. Hal ini sering tidak dapat dielakkan.

Sesetengah pesakit alah pada makanan tertentu seperti makanan laut, kacang, susu, makanan bergula dan sebagainya. Malangnya, banyak ekzema flare up tanpa sebab yang diketahui

6) Bagaimana Merawat ruam ekzema?

Tidak kira berapa rajin anda  menggunakan krim untuk mengelakkan iritasi, ruam ekzema anak anda masih muncul.

Caranya adalah dengan cepat menyapu krim untuk menenangkan sel-sel imun yang terlalu aktif sebaik sahaja anda melihat kemerahan, ruam ruam atau kulit kasar.

Ramai ibu bapa takut untuk menggunakan krim steroid, mereka bimbang tentang akibat steroid seperti penipisan kulit, dan pelbagai lagi kesan buruk steroid.

Penggunaan steroid dalam jangka masa lama memang memudaratkan. Namun jika hanya untuk digunakan dalam masa terhad, ketika ruam ekzema flare up dan menjadi kronik adalah tidak mengapa. Selepas ekzema menjadi stabil, anda boleh lah menggunakan krim semulajadi.


7) Bagaimana dengan Alahan Makanan ?

Alahan makanan telah dianggap sebagai penyebab ekzema, namun kajian baru-baru ini, ramai pakar percaya ia berlaku sebaliknya. Ekzema boleh membawa kepada alahan makanan, kata Edmond Chan, ketua alahan dan imunologi di Hospital BC Kanak-kanak di Vancouver.

Sebagai contoh, jika zarah protein kacang tanah, masuk ke kulit kering pecah sebelum seorang kanak-kanak mula makan makanan yang mengandungi kacang, ini boleh memprogramkan sistem imunnya untuk alahan kepada kacang.

8) Bagaimana menggunakan produk Najlaa untuk ekzema ?

Produk Najlaa Herbal Cream, Balm, Sakura soap dan Serum di rumus menggunakan herba- herba perubatan seperti daun senna, kunyit, bonglai dan sebagainya yang memberi manfaat baik kepada ekzema.

Selain itu produk ini menggunakan bahan bahan asas seperti minyak kelapa dara dan minyak zaitun, yang dipercayai membantu mengurangkan gejala ekzema.

Herbal Cream dan Serum turut dirumus menggunakan mineral Zinc Oxide, yang sangat terkenal untuk menhilangkan ruam-ruam kulit. Serta mengandungi gliserin sayuran, yang berkesan dalam menambah kelembapan kulit.

9) Cara guna produk Najlaa untuk ekzema?

*👉Eczema Kering*
===============

▶Jika kulit gatal- gatal. Sapu balm dahulu kemudian herbal cream. Lakukan sekurang kurangnya 2x sehari

▶ Selepas 30 minit kemudian, sapu serum di bahagian eczema tersebut.

Tujuannya untuk melembapkan kulit yg kering tersebut.

▶ Sabun Sakura digunakan untuk mandian 'top-to-toe'. Untuk ekzema kronik, anda boleh potong sebahagian sabun, rendam dalam air, goncang dan gunakan untuk cucian badan

--------------------------------------

*👉Eczema Basah*
(Ruam-ruam berair)
================

▶ Sapu Herbal Cream sekurang kurangnya 2x sehari. Sapu sehingga ruam betul-betul kering & sembuh.

▶ Setelah sembuh & kering sepenuhnye, sapu bahagian tersebut dengan serum untuk penjagaan kulit supaya kekal lembap, lembut & tidak merekah semula.

▶ Sabun Sakura digunakan untuk mandian 'top-to-toe'. Untuk ekzema kronik, anda boleh potong sebahagian sabun, rendam dalam air, goncang dan gunakan untuk cucian badan

Bahaya bedak talkum kepada bayi yang anda perlu tahu

Image result for newborn baby boy

Sedang menantikan cahaya mata yang ditunggu tunggu? Mesti berdebar dan teruja sangat nak pegang, peluk dan cium bayi yang rasanya macam lama sangat dah dalam perut Mama tu .. heheh ... Mesti korang juga risau dah lengkap ke persiapan nak bersalin ni. Dah siap ker persiapan untuk menyambut bayi ni? Antara item yang wajib disediakan selain baju ialah lampin pakai  buang, minyak angin/minyak telon bayi, sabun mandi bayi, shampoo bayi, baby wipes, minyak bayi/losyen dll

Image result for set penjagaan bayi baru lahir
gambar ikhsan google

Boleh rujuk gambar di atas untuk panduan atau check list jika masih ada barang yang tertinggal. 

Tapi kan ... satu item ni SEPATUTNYA kita elakkan daripada digunakan ke atas bayi tetapi rasanya 90% mama-mama di luar sana macam tak boleh tidak mesti nak guna ke atas bayi. Apa dia bendanya?? BEDAK TALKUM. 

Serius ni tau. Bedak ni lebih banyak mudaratnya daripada kebaikan. Huhu .. dulu tak tau pun hal ni memang berkepuk bedak lumur pada baby konon nak bangi wangi, nak bagi tak ruam dll .. tapi semuanya SALAH!

Nak tau kenapa bedak tak bagus? 

1. Bedak boleh menyebabkan pneumonia
Serbuk bedak yang halus-halus tu mudah di sedut masuk ke ruang pernafasan bayi dan boleh menyebabkan keradangan saluran pernafasan dan paru-paru. Partikel halus bedak tu boleh mengeras dalam paru paru dan menyebabkan bayi demam, batuk, sesak nafas dan lebih teruk lagi pneumonia. Sebab tu agaknya makin ramai bayi dan kanak-kanak kena asthma sekarang ni. Mungkin itu salah satu faktornya.

2. Bedak boleh menyebabkan jangkitan bakteria
Ini biasa terjadi di kawasan lampin dan leher bayi. Bila bedak tu dah bercampur dgn air kencing atau peluh ia boleh mengundang bakteria yang menyebabkan ruam dan infeksi kulit. Kesian kat baby kita.

3. Boleh menyebabkan kanser ovari
Ada kajian yang mengatakan jika bayi perempuan sering dipakaikan bedak di kawasan kemaluannya, partikel-partikel bedak boleh masuk ke vagina sehingga ke ovari dan menyebabkan kanser .. Na'uzubillahiminzalik!

4. Bedak boleh mengeringkan kulit
Terutamanya kepada bayi yang kulitnya sensitif dan memang semulajadi kering, bedak hanya akan menambah kekeringan kepada kulit bayi. Sedangkan sepatutnya kita mengekalkan kelembapan kulit bayi yang halus tu.

Ni belum kira situasi anak main bedak sampai penuh kat lantai dan muka jadi macam tepung gomak tu kan .. entah berapa banyak bedak yang disedut ke dalam saluran pernafasannya.

Jadi ... perlu hentikan terus ke penggunaan bedak? 

Pada saya tak salah juga guna bedak kalau kita pakai berhati-hati tapi lebih baik elak terus lah senang cerita. Saya lebih mengesyorkan guna minyak bayi/minyak zaitun sahaja. Lebih baik untuk kulit, lebih selamat dan bau pun wangi juga. 

Saya guna Essential Oil Najlaa Skincare. Boleh guna head to toe. Rambut pun jadi lebat, kulit pun sihat. Tiada bahan kimia berbahaya. Buatan Muslim. The best product yang saya pernah jumpa.


No automatic alt text available.
set penjagaan bayi najlaa skincare





http://zaharahnor.wasap.my


7 Manfaat Gliserin dalam Produk Najlaa



Image may contain: text
















































🌳 7 Manfaat GLISERIN dalam Produk Najlaa đźŚł


Diantara kandungan utama Nourishing Lotion, Serum dan Herbal Cream ialah Gliserin sayuran.
Mengapa kami merumus produk Najlaa menggunakan Gliserin sayuran. Berikut 7 sebab:


1) Gliserin bersifat humefektan. Ia mengembalikan kelembapan kulit. Sangat sesuai digunakan bagi anda yang mempunyai masalah kulit kering.
2) Melindungi kulit dari bahaya sinar matahari (UVA dan UVB) dimana sinar ini merosakkan kulit jika tidak ditangani secara cepat menyebabkan sunburn dan jeragat.
3) Menghilangkan jeragat pada wajah yang disebabkan oleh bekas jerawat ataupun sinar matahari. Sehingga bintik hitam tersebut pudar dan menjadikan kulit lebih halus dan lembut.
4) Gliserin menjaga kelembutan dan kekenyalan kulit dimana manfaat ini mengatasi kulit yang kasar ataupun mengelupas dan bersisik.
5) Menghilangkan tanda-tanda usia tua seperti memudarkan kedutan atau keriput pada mata & seluruh badan.
6) Membantu proses pematangan sel kulit yang rosak. Bagus dalam mengatasi kulit berminyak & beberapa masalah kulit lain seperti ekzema.
7) Mencegah & merawat alergi pada kulit karena gliserin ini sangat bagus digunakan pada kulit sekali pun pada bayi.
Sebab itu produk Najlaa adalah rakan karib kulit anda. Ia menggunakan bahan bahan premium terpilih untuk menjadikan kulit anda sentiasa sihat dan cantik


Daun Senna untuk kecantikan kulit


Daun Herba Senna memberi banyak manfaat kepada kulit. Apabila terdedah pencemaran alam sekitar dan bahan kimia kulit menjadi rosak dan mendatangkan gejala gejala penyakit lain.

Kami di Najlaa Baby Skincare. Telah menghasilkan Sakura soap, Serum dan Herbal cream menggunakan daun senna. Berikut manfaat senna kepada kulit:

1. Anti-Radang:
Minyak pati, resin dan tanin dalam senna, boleh mengurangkan keradangan kulit.
Menyembuhkan kurap, luka, ruam, gatal gatal, ekzema dan kesan terbakar.
2. Merawat Jangkitan kulit:
Kandungan anti-bakteria senna boleh membantu dalam merawat penyakit kulit seperti jerawat dan ekzema.
Kandungan Aseton dan etanol di dalam senna boleh melawan mikroorganisma yang menyebabkan jerawat,kurap, jangkitan kulat.
3. Sangat baik untuk Mengatasi Sembelit:
Kandungan senosida pada daun senna mampu mempercepat proses pencernaan dan meningkatkan peristaltik usus.


Wassap 0196536303 untuk info lanjut tentang produk najlaa

8 Manfaat Shea Butter dalam Herbal Cream Najlaa

Image may contain: food


Shea butter adalah produk kecantikan alam yang luar biasa, dihasilkan daripada lemak kacang Shea dari Afrika. Shea butter adalah kandungan utama herbal cream Najlaa.


Ianya Kaya dengan vitamin, pelembab dan nutrien. Shea butter memberi banyak manfaat untuk kulit Anda, rambut dan kesihatan. Ini 8 manfaat shea untuk kulit dan rambut:

1) Shea butter kaya dengan antioksida, seperti vitamin A dan E, yang melindungi sel-sel kulit Anda dari radikal bebas, serta akibat buruk sinar matahari.

2) Kandungan vitamin Shea butter dapat merawat kulit tidak sihat seperti ekzema, ruam lampin, dermatitis, serta melambatkan proses penuaan, dengan merangsang penghasilan kolagen.

3) Shea butter dalam herbal cream najlaa juga bagus digunakan sebagai pelembab dan melembutkan kulit kering .

4) Shea butter mengandungi asid lemak dan sterol yang bersifat anti-inflamasi sera membantu proses penyembuhan luka ringan, serta merawat ruam-ruam, kulit terbakar, gigitan serangga etc.

5) Anda juga boleh menggunakan herbal cream yg terdapat dalamnya Shea butter sebagai pelembab dan pelembut kulit kaki merekah, ketuat, kulit kaki kasar etc

6) Shea butter bersifat anti-inflamasi, herbal cream bila disapu pada jerawat, ia akan mengurangkan kesan-kesan kemerahan akibat radang

7) Shea butter bagus untuk rambut kering. Sapu herbal cream pada hujung hujung rambut kering merekah akan melembapkan rambut dan membaiki tekstur rambut. Rambut lebih lembut dan berkilau.

8) Shea butter mengembalikan kekenyalan kulit Anda serta melembap dan melembutkan kulit. Oleh itu herbal cream juga bagus untuk strecthmark.

Herbal Cream Najlaa produk yang bagus untuk kesihatan dan kecantikkan kulit. Gunalah tanpa ragu

#HerbalCreamNajlaa
#NajlaaBabySkincare


Whatsapp 0196536303 untuk info lanjut

Khasiat Minyak Bunga Lavender dalam Balm Najlaa Skincare

Image may contain: plant, flower, text and nature

Baby Balm dan Herbal Oil Najlaa dirumus menggunakan puluhan jenis herba-herba perubatan. Salah satunya, ektraks minyak lavender. Berikut 6 khasiat kesihatan minyak bunga Lavender:
1) Kemurungan dan Tekanan:
Kandungan minyak lavender dal Balm dan Herbal Oil Najlaa merehatkan badan dan minda, dengan mengurangkan hormon stress
2) Imsomnia:
Jika anda ada masalah insomnia, apnea, atau tidur yang tidak lena, ia memberi kesan serius pada hidup. Bau Lavender boleh membantu untuk mengosongkan fikiran anda daripada pemikiran negatif atau kekacauan, dan tidur nyenyak.
3) Anti-Radang :
Lavender mengandungi antioksida yg kuat dan bersifat anti radang. Kandungan lavender dalam Balm dan Herbal oil Najlaa membantu mengurangkan keradangan pada seluruh badan dan otot.
4) Penjagaan kulit:
Lavender membantu melegakan penyakit kulit kronik, seperti psoriasis, ekzema, dan juga jerawat
5) Keupayaan antiseptik:
Lavender membantu menyembuhkan luka dengan cepat , juga mengelakkan jangkitan pada luka. Ini merupakan satu penggunaan popular lavender sejak zaman purba.
5) Sakit jantung:
Kandungan antioksida Lavender membantu mengurangkan tekanan darah dan mengurangkan ketegangan saluran darah. Ini boleh mencegah aterosklerosis dan penyakit kardiovaskular yang lain, mengurangka risiko strok dan serangan jantung. Titiskan Herbal oil najlaa pada tapak tangan, buat begini dan sedut melalui celah ibu jari.
6) Kembung dan masalah penghadaman:
Polifenol dalam lavender membantu mencegah pertumbuhan bakteria berbahaya dalam usus. Ini akan mencegah pengumpulan gas di dalam usus daripada pelepasan bakteria. Mengurangkan ketidakselesaan perut, kembung, dan kekejangan otot perut. Untuk mengelakkan bayi kembung, urut kaki perut dan belakang bayi dengan herbal oil atau balm najlaa selepas mandi

Whatsapp 019 6536303 untuk tempahan sekarang

7 MANFAAT ALOE VERA DALAM HERBAL CREAM NAJLAA

Salah satu kegunaan Herbal Cream Najlaa Skincare ini adalah untuk merawat lecur, sunburn dan luka-luka kecil. Bagaimana ia bertindak? Ini adalah kerana dalam herbal cream najlaa terdapat Aloe vera yang memang terkenal manfaatnya untuk kulit.

Aloe vera telah digunakan untuk pelbagai tujuan sejak Mesir purba digelar "kilang keabadian."

Aloe vera adalah tumbuhan kaktus yang tergolong dalam keluarga Liliaceae. Ia tumbuh di kawasan iklim kering seperti Afrika dan India dan digunakan dalam perubatan selama berabad-abad.
Pelbagai kajian telah dijalankan untuk mengkaji manfaat aloe vera dan didapati aloe vera berkesan dalam merawat kulit kering, luka dan terbakar, jangkitan kulit yang kecil, sista, ekzema, herpes kemaluan, kelemumur, psoriasis, sariawan, ulser kulit dan lain-lain.

Berikut adalah 8 manfaat menggunakan gel aloe vera:

1. Merawat "Sunburn"
Aloe Vera membantu sunburn melalui aktiviti penyembuhan yang kuat di peringkat epitelium kulit, lapisan sel yang meliputi badan. Ia bertindak sebagai lapisan pelindung pada kulit dan membantu menambah kelembapan. Kandungan antioksidanya, menyembuhkan kulit dengan cepat.

2. Ia bertindak sebagai pelembap.
Aloe Vera melembapkan kulit tanpa memberikan rasa berminyak. Mengelakkan pengeringan kulit.

3. Ia merawat jerawat.
Aloe vera gel mengandungi dua hormon: auksin dan Gibberellins. Kedua-dua hormon menyediakan penyembuhan luka dan anti-radang yang mengurangkan keradangan kulit. Giberellin dalam aloe vera bertindak sebagai hormon pertumbuhan merangsang pertumbuhan sel-sel baru. Ia membolehkan kulit untuk sembuh dengan cepat dan secara semula jadi dengan parut yang minimum.
Aloe adalah menenangkan dan boleh mengurangkan radang kulit, melepuh dan gatal, di samping membantu kulit untuk sembuh dengan lebih cepat. Selain itu, dalam bidang perubatan Ayurvedic, Aloe digunakan untuk menyembuhkan masalah kulit kronik seperti psoriasis, jerawat dan ekzema secara berkesan.

4. Ia melawan penuaan.
Apabila kita semakin tua, semua orang mula bimbang tentang kemunculan garis-garis halus dan kehilangan keanjalan pada kulit mereka. Aloe Vera mengandungi pelbagai jenis antioksidan termasuk beta karotena, vitamin C dan E yang dapat membantu meningkatkan ketegangan semulajadi kulit dan hidrasi.

5. Mengurangkan stretch mark.
Kulit bersifat elastik. Namun jika kulit tertarik terlalu jauh, terlalu cepat (disebabkan oleh mengandung, obesiti) keanjalan kulit boleh rosak. Itulah yang menyebabkan stretch mark hodoh. Aloe vera gel membantu menhilangkan stretch mark.

6. Ia kaya nutrien untuk kesihatan yang baik.
Aloe Vera mengandungi lebih daripada 75 nutrien termasuk vitamin, mineral, enzim, gula, anthraquinones atau sebatian fenolik, lignin, saponin, sterol, asid amino dan asid salisilik.

7. Ia melegakan penyakit periodontal.
Menurut kajian yang diterbitkan dalam Journal of Ethnopharmacology, ia amat berguna dalam rawatan penyakit gusi seperti gingivitis, periodontitis. Ia mengurangkan pendarahan, keradangan dan bengkak pada gusi.
Ia merupakan anti-septik dan anti-kulat yang sangat membantu dalam masalah Vesicular gigi palsu, retak dan ulser mulut.