Bahaya bedak talkum kepada bayi yang anda perlu tahu

Image result for newborn baby boy

Sedang menantikan cahaya mata yang ditunggu tunggu? Mesti berdebar dan teruja sangat nak pegang, peluk dan cium bayi yang rasanya macam lama sangat dah dalam perut Mama tu .. heheh ... Mesti korang juga risau dah lengkap ke persiapan nak bersalin ni. Dah siap ker persiapan untuk menyambut bayi ni? Antara item yang wajib disediakan selain baju ialah lampin pakai  buang, minyak angin/minyak telon bayi, sabun mandi bayi, shampoo bayi, baby wipes, minyak bayi/losyen dll

Image result for set penjagaan bayi baru lahir
gambar ikhsan google

Boleh rujuk gambar di atas untuk panduan atau check list jika masih ada barang yang tertinggal. 

Tapi kan ... satu item ni SEPATUTNYA kita elakkan daripada digunakan ke atas bayi tetapi rasanya 90% mama-mama di luar sana macam tak boleh tidak mesti nak guna ke atas bayi. Apa dia bendanya?? BEDAK TALKUM. 

Serius ni tau. Bedak ni lebih banyak mudaratnya daripada kebaikan. Huhu .. dulu tak tau pun hal ni memang berkepuk bedak lumur pada baby konon nak bangi wangi, nak bagi tak ruam dll .. tapi semuanya SALAH!

Nak tau kenapa bedak tak bagus? 

1. Bedak boleh menyebabkan pneumonia
Serbuk bedak yang halus-halus tu mudah di sedut masuk ke ruang pernafasan bayi dan boleh menyebabkan keradangan saluran pernafasan dan paru-paru. Partikel halus bedak tu boleh mengeras dalam paru paru dan menyebabkan bayi demam, batuk, sesak nafas dan lebih teruk lagi pneumonia. Sebab tu agaknya makin ramai bayi dan kanak-kanak kena asthma sekarang ni. Mungkin itu salah satu faktornya.

2. Bedak boleh menyebabkan jangkitan bakteria
Ini biasa terjadi di kawasan lampin dan leher bayi. Bila bedak tu dah bercampur dgn air kencing atau peluh ia boleh mengundang bakteria yang menyebabkan ruam dan infeksi kulit. Kesian kat baby kita.

3. Boleh menyebabkan kanser ovari
Ada kajian yang mengatakan jika bayi perempuan sering dipakaikan bedak di kawasan kemaluannya, partikel-partikel bedak boleh masuk ke vagina sehingga ke ovari dan menyebabkan kanser .. Na'uzubillahiminzalik!

4. Bedak boleh mengeringkan kulit
Terutamanya kepada bayi yang kulitnya sensitif dan memang semulajadi kering, bedak hanya akan menambah kekeringan kepada kulit bayi. Sedangkan sepatutnya kita mengekalkan kelembapan kulit bayi yang halus tu.

Ni belum kira situasi anak main bedak sampai penuh kat lantai dan muka jadi macam tepung gomak tu kan .. entah berapa banyak bedak yang disedut ke dalam saluran pernafasannya.

Jadi ... perlu hentikan terus ke penggunaan bedak? 

Pada saya tak salah juga guna bedak kalau kita pakai berhati-hati tapi lebih baik elak terus lah senang cerita. Saya lebih mengesyorkan guna minyak bayi/minyak zaitun sahaja. Lebih baik untuk kulit, lebih selamat dan bau pun wangi juga. 

Saya guna Essential Oil Najlaa Skincare. Boleh guna head to toe. Rambut pun jadi lebat, kulit pun sihat. Tiada bahan kimia berbahaya. Buatan Muslim. The best product yang saya pernah jumpa.


No automatic alt text available.
set penjagaan bayi najlaa skincare





http://zaharahnor.wasap.my