Ekzema : info dan cara mengatasinya tanpa ubatan steroid


INFO LENGKAP TENTANG ECZEMA

1) Apakah Ekzema dan Gejala Gejalanya?

Ekzema (dikenali sebagai dermatitis atopik) memberi kesan kepada kira-kira 10 hingga 20 peratus kanak-kanak, kebanyakkan mempunyai gejala yang tidak teruk, tetapi ada kronik dan tidak srmbuh walau dewasa

Ekzema didiagnose dengan gejala seperti ruam bersisik merah yang mungkin berkerak ; kulit kering gatal, kata Miriam Weinstein, pakar dermatologi pediatrik di Hospital Toronto .

Bayi selalu mengalami ekzema pada dahi, pipi dan kulit kepala, pelipat dan juga siku. "ruam boleh terjadi di mana mana sahaja bahagian kulit" kata Weinstein.

2) Siapa yang berisiko mendapat ekzema?

Jika anda atau ada ahli keluarga yang ekzema, asma atau resdung,  allergik, anak anda berisiko mendapat ekzema, tetapi anak-anak yang tidak mempunyai sejarah allergik dalam keluarga pun boleh mendapat ekzema. Ia biasanya muncul sebelum umur dua tahun.

"Berita baiknya 60 hingga 70 peratus kanak-kanak akan sembuh daripada ekzema bila meningkat remaja" kata Janice Heard, pakar kanak-kanak.

3) Apa yang menyebabkan ekzema?

Kulit biasa bertindak sebagai halangan ia memegang air di dalam dan pada masa yang sama melindungi apa yang di bawahnya dari dunia luar. Disebabkan oleh kecacatan dalam genetik, penghidap ekzema mempunyai halangan kulit yang rosak.

Kulit hilang kelembapan, dan bendasing mudah menembusi kulit dan masuk ke dalam badan dan "menghidupkan" sel-sel imun kulit. Inilah yang mencetuskan keradangan dan membawa kepada gatal-gatal dan ruam. (Virus dan bakteria tertentu juga mudah menjangkiti, menjadikan bayi dan kanak-kanak ekzema lebih terdedah kepada jangkitan kulit.)

4) Apa yang boleh anda lakukan?

"Kita tidak boleh menyembuhkan ekzema, ia adalah penyakit genetik,  tetapi ia adalah satu penyakit yang boleh dikawal," Weinstein.

Pakar mengesyorkan setiap hari 15 minit rendam dalam air suam untuk menambah kelembapan kulit . Elakkan air panas, sabun kimia dan mandi buih, yang boleh menyebabkan gatal, kemerahan dan ekzema flare-up. Untuk semua jenis cucian, basuh pakaian, basuh pinggan mangkuk, mainan kanak kanak, guna sabun yang tidak tajam.

Selepas anak anda mandi, perlahan-lahan tepuk tepuk tuala pada badannya untuk menyerap air, semasa kulitnya masih sangat lembap, sapu krim pelembap. Sepanjang hari pastikan dia memnyapu krim pelembap 2-3kali

Pilihan krim bergantung kepada kesesuaian kulit anak anda. Pesakit ekzema mempunyai alahan yang berbeza. Cuba dahulu mana-mana krim yang dicadangkan, jika tidak merengsakan kulit dan menjadi radang maka krim itu sesuai untuk anak anda. Mulakan rawatan ekzema seawal yang mungkin.

5) Mencegah flare-up?

Anda harus mengetahui apakah punca yang boleh menyebabkan ekzema flare up. Antara penyebabnya mungkin termasuk fragrance dan pewarna dalam produk seperti syampu, sabun, bahan pencuci pakaian dan juga kain kasar seperti bulu domba.

Ada juga yang bertindak balas kepada bulu haiwan. Menggaru juga boleh menyebabkan flare up, jadi pastikan kuku bayi pendek dan licin.

Bagi sesetengah kanak-kanak, cuaca yang panas serta udara yang hangat boleh mencetus ekzema. Hal ini sering tidak dapat dielakkan.

Sesetengah pesakit alah pada makanan tertentu seperti makanan laut, kacang, susu, makanan bergula dan sebagainya. Malangnya, banyak ekzema flare up tanpa sebab yang diketahui

6) Bagaimana Merawat ruam ekzema?

Tidak kira berapa rajin anda  menggunakan krim untuk mengelakkan iritasi, ruam ekzema anak anda masih muncul.

Caranya adalah dengan cepat menyapu krim untuk menenangkan sel-sel imun yang terlalu aktif sebaik sahaja anda melihat kemerahan, ruam ruam atau kulit kasar.

Ramai ibu bapa takut untuk menggunakan krim steroid, mereka bimbang tentang akibat steroid seperti penipisan kulit, dan pelbagai lagi kesan buruk steroid.

Penggunaan steroid dalam jangka masa lama memang memudaratkan. Namun jika hanya untuk digunakan dalam masa terhad, ketika ruam ekzema flare up dan menjadi kronik adalah tidak mengapa. Selepas ekzema menjadi stabil, anda boleh lah menggunakan krim semulajadi.


7) Bagaimana dengan Alahan Makanan ?

Alahan makanan telah dianggap sebagai penyebab ekzema, namun kajian baru-baru ini, ramai pakar percaya ia berlaku sebaliknya. Ekzema boleh membawa kepada alahan makanan, kata Edmond Chan, ketua alahan dan imunologi di Hospital BC Kanak-kanak di Vancouver.

Sebagai contoh, jika zarah protein kacang tanah, masuk ke kulit kering pecah sebelum seorang kanak-kanak mula makan makanan yang mengandungi kacang, ini boleh memprogramkan sistem imunnya untuk alahan kepada kacang.

8) Bagaimana menggunakan produk Najlaa untuk ekzema ?

Produk Najlaa Herbal Cream, Balm, Sakura soap dan Serum di rumus menggunakan herba- herba perubatan seperti daun senna, kunyit, bonglai dan sebagainya yang memberi manfaat baik kepada ekzema.

Selain itu produk ini menggunakan bahan bahan asas seperti minyak kelapa dara dan minyak zaitun, yang dipercayai membantu mengurangkan gejala ekzema.

Herbal Cream dan Serum turut dirumus menggunakan mineral Zinc Oxide, yang sangat terkenal untuk menhilangkan ruam-ruam kulit. Serta mengandungi gliserin sayuran, yang berkesan dalam menambah kelembapan kulit.

9) Cara guna produk Najlaa untuk ekzema?

*👉Eczema Kering*
===============

▶Jika kulit gatal- gatal. Sapu balm dahulu kemudian herbal cream. Lakukan sekurang kurangnya 2x sehari

▶ Selepas 30 minit kemudian, sapu serum di bahagian eczema tersebut.

Tujuannya untuk melembapkan kulit yg kering tersebut.

▶ Sabun Sakura digunakan untuk mandian 'top-to-toe'. Untuk ekzema kronik, anda boleh potong sebahagian sabun, rendam dalam air, goncang dan gunakan untuk cucian badan

--------------------------------------

*👉Eczema Basah*
(Ruam-ruam berair)
================

▶ Sapu Herbal Cream sekurang kurangnya 2x sehari. Sapu sehingga ruam betul-betul kering & sembuh.

▶ Setelah sembuh & kering sepenuhnye, sapu bahagian tersebut dengan serum untuk penjagaan kulit supaya kekal lembap, lembut & tidak merekah semula.

▶ Sabun Sakura digunakan untuk mandian 'top-to-toe'. Untuk ekzema kronik, anda boleh potong sebahagian sabun, rendam dalam air, goncang dan gunakan untuk cucian badan