CARA PENGGUNAAN BALM DAN HERBAL OIL NAJLAA

Cara penggunaan Baby balm

❤Sapukan SEDIKIT /NIPIS pada dada depan,kiri,kanan blkg.. ( Bahagian paru paru )

❤Belakang badan

❤Betis & tapak kaki (pakaikan stokis selepas itu)

❤Tengkuk

sehari 2x selepas mandi jika x selsema

Jika baby  selsema ( sapukan sedikit di btg Hidung )
Batuk &  berkahak sapukan SEDIKIT/NIPIS dan KERAP..
( Ulang ulang )

~ tindak balas
๐Ÿ’Muntah kahak & lendir
๐Ÿ’ keluar melalui najis
๐Ÿ’ hingus meleleh keluar
๐Ÿ’ batuk cepat reda
**kahak pekat,blh sapu balm dan buat teknik percussion (tepukan pd bhgn paru2)

Balm tu blh guna juga utk gigitan nyamuk, benjol terhantuk,bisul yg blm pecah, cengkam kuku yg xda luka,sakit gigi (sapu di pipi),sakit telinga,gatal2 tanpa luka,pening2,mabuk kereta @ laut dll

Cara penggunaan Herbal oil

➡Titis pd air mandian
➡ sapukan pd seluruh badan depan & belakang.. urut di sepanjang tulang belakang & pinggang..
➡Tapak kaki. Tangan..
➡ tengkuk.
➡ celah ketiak
➡ubun ubun

❤ Sedikit sahaja.. Mengikut kesesuaian umur..

 Kekerapan bergantung pd keadaan baby/ anak ๐Ÿ˜Š

Moga diberikan kesembuhan.. Amminn

Minyak Eucalyptus BAHAYA untuk kanak-kanak

No automatic alt text available.

Tempohari saya ada terbaca tentang bahaya minyak kayu putih (eucalyptus) kepada kanak-kanak terutamanya bayi bawah 2tahun. Terkejut juga sebab memang dari kecil kalau selsema mak saya mesti sapu minyak kayu putih di tepi bantal tempat saya tidur atau di titikkan di kolar baju supaya baunya dapat saya hidu. Memang berkesan sebab rasa lapang je nafas lepas tu.

Tapi sekarang ni macam-macam kajian orang buat kan .. timbul lah isu minyak kayu putih bahaya .. tapi betul ke bahaya???

Dalam herbal oil Najlaa ada eucalyptus oil. Alhamdulillah ramai je yang guna dan beri feedback positif. SO macamana??? Adakah minyak Essential Oil Eucalyptus (kayu putih) berbahaya kepada kanak kanak melalui pengambilan secara oral Atau disapu pada kulit ?

JAWAPAN

Yaa ianya tidak selamat, JIKA minyak ini tidak dicairkan dahulu.

Tanpa sebarang pencairan, Ianya bukan saja berbahaya kepada kanak kanak malah orang dewasa. Sebarang essentials oil tidak boleh direct contact pada kulit atau diminum terus ...sebelum dicairkan.

Untuk kanak2 campuran selamat untuk disapu pada kulit hanyalah pada 25% atau ke bawah. Dalam erti kata lain jika minyak tuu 5 titis, hanya 1 titis eucalyptus dibenarkan, lagi 4 titis minyak natural seperti minyak kelapa dan lain lain.

Untuk penggunaan oral untuk kanak kanak, memerlukan kajian mendalam tentang keselamatan dilution nya. Dicadangkan tidak perlu jika rasa tidak selamat.

Herbal oil Najlaa mengandungi <5% eucalyptus, angkanya sangat jauh lebih rendah dari 25% yg masih selamat. Kami menjaga anak anda seperti anak kami sendiri. Kami pastikan ianya Selamat dan Berkesan untuk anak anak.

Oleh itu jangan ragu dan risau.. gunakan herbal oil najlaa tanpa was was insyaAllah.

#stokisnajlaa
#najlaabatupahat
0196536303


Aloe Vera dalam Herbal Cream Najlaa Skincare



Dalam Herbal Cream ada Aloe Vera. Dipanggil 'Tumbuhan Keabadian', oleh orang Mesir lama, juga dikenali sebagai 'Katralai' dalam Tamil, 'Lolisara' di Kanada, boleh melakukan keajaiban bukan saja pada kulit anda, tetapi juga untuk rambut.


Faedah Aloe Vera Untuk Kulit 


-Mencegah Tanda-tanda Penuaan 
-Melembapkan Kulit
-Mengurangkan Jerawat
-Membantu masalah Sunburns
-Menyembuhkan luka luar dan gigitan serangga
-Mengurangkan Stretch Mark

Herbal Cream Najlaa Skincare bukan sahaja berguna untuk merawat masalah-masalah kulit seperti ruam, kudis, lecur dll  tetapi juga boleh digunakan sebagai krim kecantikan. Pakai dengan konsisten dan lihat hasilnya nanti ๐Ÿ˜„

Nak dapatkan Herbal Cream Najlaa??

wassap 0196536303 sekarang

#stokisnajlaa
#najlaabatupahat

Cara rawatan HFMD menggunakan Najlaa Skincare

assalamualaikum..lme dh menyepi..hehe..sepanjang waktu berkurung ni ummi bertungkus lumus rawat 3 hero ummi yg kne HFMD ( hand, foot, mouth disease)..

di sini ummi nak share cara rawatan versi ummi dgn menggunakan 3 item #najlaababyskincare ni..

utk menghentikan pembiakan kuman dari menjadi lebih teruk, ummi mandikan ank3 dgn #showerbathnajlaa..paling kurang 3 kali sehari..

lepas dh mndikan, lap kering badan ank3 pastu sapu #herbaloilnajlaa kt kaki, tgn, dan ulser dlm mulut..utk ulser tu titis satu titis kt jari dan ratakan dlm mulut ank3..

bila herbal oil dh kering ckit ummi sapu #herbalcreamnajlaa di bhgian kaki dan tgn yg dijangkiti..dan cream ni xleh sapu dlm mulut ye..๐Ÿ˜๐Ÿ˜

kerap sapu sekurang2nya 3 kali sehari..

utk rawatan ulser dlm mulut ank3 selain sapu herbal oil, ummi bgi ank3 ni mkn yogurt plain..beli yg kecik je sebelum tido..pastu utk mkn tgh hari dan ptg ummi bgi sup ( x kisah sup ikan ke ayam ke kentang ke janji sup) yg ummi letak bawang putih byk ckit utk bantu kuatkan antibodi ank3 utk melawan jangkitan kuman ni..paling penting bila ada ulser dlm mulut stop bgi mknan manis mcm eskrim, coklat dan lain2 sbb ini menggalakkan lgi pembiakan kuman dlm ulser..

alhamdulillah..selepas 4 hari, semuanya sembuh sepenuhnya..ibu2 yg ank2 kne HFMD boleh la cuba tips ni..sekian saja๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

#tipsrawatanhfmd
#tipsummi
#alhamdulillah
#najlaaskincare

Balm Najlaa vs Herbal Oil, mana lebih sesuai untuk batuk dan selsema



Selalu kompius mana satu nak pakai .. herbal oil atau balm najlaa?

Apa beza herbal oil dan baby balm najlaa untuk membantu merawat selsema dan batuk?

Untuk pengetahuan semua, Balm Najlaa mengandungi lebih herba dan ekstrak herba dengan kepekatan yang lebih tinggi berbanding herbal oil (ada sesetengah herba dalam ratio balm 2 : herbal oil 1). Balm berbentuk pepejal supaya minyak herba tidak mudah meruap dan kekal lama di atas kulit. Oleh itu, jika sedang sakit, gunakan Balm untuk merawat dan melegakannya.

Herbal oil pula mengandungi ekstrak herba-herba yang lebih ringan kerana ia dirumus khas untuk kegunaan harian seperti minyak telon, minyak angin dan sebagainya. Namun begitu, herbal oil juga sangat 'berkuasa' dan dirumus khas untuk mengatasi masalah kembung, angin dan melegakan sengal-sengal badan.

Kesimpulannya, guna balm untuk melegakan sakit, guna herbal oil untuk mencegah dari sakit.

wassap 0196536303 untuk info dan order.

Shower Bath Najlaa, bukan sekadar sabun mandian biasa



Korang dah cuba produk terbaru Najlaa Skincare? Shower bath ni memang dinanti-nantikan oleh pelanggan tetap Najlaa Skincare sebab ramai lebih suka sabun jenis cecair berbanding sabun buku. Alhamdulillah Shower Bath ni dapat sambutan yang sangat menggalakkan. Di sebalik rupa sabun ini yang humble bak kata omputih, ramai yang terkejut dengan kesan yang mereka alami setelah menggunakan sabun ini. Mana taknya,

Kudis sembuh
Gatal-gatal kulit berkurang
Kelemumur hilang
Jerawat kecut

Kami nak dedahkan satu rahsia Shower Bath ni yang korang perlu tahu. Selain daripada kandungan susu beras dan bau lemonade yang menyegarkan itu, Shower Bath ini mengandungi Tea Tree Oil iaitu essential oil yang terkenal dan digunakan dengan meluas di serata dunia. Ia bersifat antiseptik dan terkenal boleh membantu merawat :

Jerawat
Jangkitan bakteria
Cacar air
Jangkitan kulat
Kutu
Psoriasis
Menghalau serangga
Menyihatkan rambut
Melegakan keradangan kulit


Shower bath najlaa tidak mengandungi bahan pembuih sepeti SLES, SLS dan tiada Paraben. Ia tidak mengeringkan kulit malahan sebaliknya melembutkan dan melembabkan kulit TOP-TO-TOE.

Dapatkan Shower bath untuk kegunaan seisi keluarga anda. Jom sama-sama kurangkan penggunaan bahan kimia di rumah.

Go Natural, Be Healthy, Be Safe.

Wassap 0196536303 untuk info.




Resepi utk ibu dalam pantang



17 Resepi Pantang Selepas Bersalin Normal & Pembedahan

Bukan sahaja untuk ibu selepas bersalin, samada bersalin normal, caesar atau pembedahan, resipi ini juga boleh digunapakai untuk kanak-kanak selepas berkhatan atau bersunat.

1. Ikan Masin Lada Hitam

Bahan-bahan
-Ikan masin (Digoreng tanpa minyak)
-Lada hitam

Cara-cara
-Tumbuk bahan tersebut dan jika suka boleh ditambah perahan limau
Gaulkannya sebati

2. Ikan Tenggiri Kering

Bahan-bahan
-1 keping ikan tenggiri kering
-2 biji lada besar
-½ biji bawang besar dihiris

Cara-cara
-Ikan digoreng layur bersama hirisan halia.
-Kemudian ditumbuk bersama lada besar dan bawang tapi jangan hancur.
-Hidang bersama nasi panas

3. Sambal Tok-tok Lada Hitam

Bahan-bahan
-Bawang merah
-Bawang putih
-Ikan bilis
-Lada hitam

Cara-cara
-Goreng layur bahan tersebut dan tumbuk campur sikit garam
Hidang bersama nasi panas

4. Ikan Masin Goreng Asam Jawa

Bahan-bahan
-Isi ikan masin (Kurau @ Talang)
-1 labu bawang besar
-5-6 tangkai cili kering
-3 ulas bawang putih
-½ inci halia
-Sedikit air asam jawa & gula

Cara-cara
-Tumis semua bahan yang dihiris.
-Bila agak garing, masukkan air asam jawa, garam dan sedikit gula .
-Akhir sekali masukkan ikan masin yang telah digoreng terlebih dahulu.

5. Ikan Bilis Goreng Aroma

Bahan-bahan
-100g ikan bilis putih
-3 batang serai (Dititik @ dihiris ikut suka)
-1 biji bawang besar dimayang
-2cm halia dimayang
-6 helai daun limau purut dihiris @ dikoyak kasar
-6 biji cili padi diketuk
-Minyak

Cara-cara
-Goreng ikan bilis hingga ranggup
-Kemudian masukkan bahan hirisan

6. Ikan Bilis Dengan Cili Mesin

Bahan-bahan
-Sebiji bawang besar dimayang
-Ikan bilis
-Jeruk lobak
-Sebiji telur
-Cili mesin 1 sudu

Cara-cara
Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
Kemudian tumiskan cili mesin hingga masak, masukkan jeruk lobak & ikan bilis.
Akhir sekali masukkan telur & kacau hingga sebati.

7. Pegaga Masak Lada Hitam

Bahan-bahan
-Sedikit santan pekat
-Lada hitam (lebihkan)
-Ikan bilis putih
-Kunyit hidup
-Halia
-Garam

Cara-cara
-Lada hitam, halia & kunyit hidup ditumbuk.
-Kemudian masukkan santan direneh bersama bahan tumbuk. Biar pekat.
-Kira OK masukkan pegagadan ikan bilis serta bahan-bahan perasa.

8. Hati Masak Limau Purut

Bahan-bahan
-1/2kg hati lembu direbus dan dipotong kecil
-5 helai daun limau purut dipotong tengah dan dikoyakkan
-6 tangkai cili kering (Dalam pantang boleh diganti dengan lada hitam secukupnya)
-3 labu bawang besar
-4 ulas bawang putih
-2cm hirisan halia muda
-½ camca ketumbar
-½ camca jintan manis
-½ camca jintan putih
-Garam & gula secukup rasa
-Minyak untuk menumis

Cara-cara
-Cili/lada hitam, bawang besar, bawang putih halia, jintan dan ketumbar dimesin halus.
-Tumis hingganaik bau/garing kemudian masukkan hati dan daun limau purut. Jika suka boleh tambah air untuk berkuah.
-Setelah itu, masukkan perasa. Ok.Boleh diangkat dan dihidang.

9. Hati Goreng Lada

Bahan-bahan
-600g hati lembu direbus dan dipotong
-4 sudu besar lada putih
-2 sudu besar serbuk rempah
-2 sudu besar minyak
-1 sudu besar air asam jawa
-½ sudu serbuk jintan putih
-1 sudu serbuk kunyit
-2 labu bawang besar
-Garam/ Ajinomoto secukup rasa
-1 batang daun bawang untuk hiasan

Cara-cara
-Gaulkan hati yang telah dipotong bersama rempah-rempah tersebut
-Tumiskan ia, agak kira okay bolehlah dimasukkan air asam jawa
-Taburkan hirisan daun bawang

10. Ayam/Daging Bakar Cicah Air Asam Lada Hitam

Bahan-bahan
-4cm halia muda
-3cm kunyit hidup
-Garam secukupnya (Kesemua bahan ini dikisar dan diperap)

Cara-cara
-Bakar ayam/daging dengan bahan perap.
-Hiriskan dan boleh dihidang dengan pencicah iaitu 2 sudu lada hitam, hirisan bawang besar dan perahan asam jawa

11. Sambal Tok-tok

Bahan-bahan
-Ikan bilis
-Cili padi
-Bawang

Cara-cara
-Bahan tersebut ditumbuk kasar dicampur bersama perahan limau.

12. Daging Goreng Halia

Bahan-bahan
-Daging batang pinang dihiris nipis
-Halia dimayang halus
-Bawang Putih diketuk
-Bawang besar dihiris bulat
-1 biji lada benggala/ ketukkan cili padi kalau nak pedas
-Sedikit sos tiram
-Sedikit kunyit hidup/kunyit serbuk, Garam/ Serbuk Perasa
-Jika nak berkuah, bancuhkan sedikit tepung jagung dan air@ bagi lebih perisa masukkan sedikit air asam jawa.

Cara-cara
-Panaskan minyak, masukkan daging yang telah diperap sebentar dengan kunyit dan garam.
-Agak lembut , tumiskan bawang putih dan halia, masukkan juga sos tiram dan bahanperasa mengikut kesesuaian.
-Akhir sekali masukkan , lada benggala ataupun cili padi dan hirisan bawang besar.
-Jika nak berkuah boleh juga ditambah dengan bancuhan tepung jagung.

13. Daging Goreng Lada Hitam (Marinated)

Bahan-bahan
-Daging hihiris halus
-Lada hitam secukup rasa
-Halia
-Bawang besar
-Bawang putih
-Sos Cili/Cili mesin
-Sos tomato
-Sos tiram
-Kicap pekat
-Garam/serbuk perasa

Cara-cara
-Perapkan daging bersama halia , bawang putih dan bawang besar yang telah dikisar. Termasuk bahan sos terlibat.
-Panaskan minyak, masukkan daging bersama bahan perap, tambahkan air mengikut keperluan bagi memastikan daging lembut.
-Setelah empuk, boleh ditambah dengan garam dan serbuk perasa mengikut keperluan dan juga hirisan bawang besar.

14. Ayam Panggang Selera Pantang

Bahan-bahan
-Ayam
-1 batang serai dititik
-1 sudu jintan manis
-½ sudu jintan putih
-1cm kunyit hidup
-1cm lengkuas
-1cm halia
-4 ulas bawang merah
-2 ulas bawang putih
-garam
-Air asam jawa
-½ cawan air

Cara-cara
-Ayam dilumur dengan garam & sedikit bawang merah, halia, bawang putih & kunyit tumbuk juga lengkuas.
-Panggang ayam
-Tumis bahan tumbuk yang lebih tadi, masukkan jintan tumbuk, air asam jawa juga garam. Tambah sedikit air untuk berkuah. Dan bolehlah disiram
ayam panggang tadi dengan kuah tersebut.

15. Ayam Percik Chinese Style

Bahan-bahan
-1 ekor ayam
-Daun salam dan daun kunyit

Bahan A
-Bunga Lawang
-Bunga Cengkih
-Kulit Kayu Manis
-Jintan Manis
-Lada Hitam
-Serai & Halia
-Gula Melaka – dicincang halus
-Lemon – diperah
-Santan
-Garam
-Bawang putih dan bawang merah ditumbuk halus
(Jika suka boleh ditambah sedikit cili padi)

Cara-cara
-Masukkan daun salam & daun kunyit ke dalam ayam.
-Panggang @ goreng dalam minyak penuh (deep fried)
-Tumis bawang merah dan putih. Masukkan bahan-bahan A, masukkan juga perahan lemon, gula melaka, garam.
-Masukkan santan cair biar mendidih di atas api perlahan. Bila dah pekat masukkan santan pekat.
-Bila dah pekat, boleh disiram ke ats ayam panggang tersebut.

16. Lengkuas Muda Masak Lada Merah
(Petua baik diamalkan memperbaiki rahim wanita atau dengan lain perkataan mengetatkan lagi organ wanita selepas bersalin)

Bahan-bahan
-Lengkuas muda dihiris nipis ~ direbus sehingga kering utk buang pahit & maung lengkuas
-Sedikit ikan bilis
-Bawang merah
-Bawang Putih
-Lada merah

Cara-cara
-Lada ikan bilis, bawang putih & merah ditumbuk dan ditumis dengan sedikit minyak.
-Masukkan garam dan lengkuas yg telah direbus tadi dan kacau agar ia sebati.

17. Turi Masak Asam Rebus
(Bagus Utk Menambah Susu Ibu).

Bahan-bahan
-Daun Turi
-Ikan Bilis
-Asam Keping
-Bawang merah
-Kunyit Hidup
-Ikan Bilis
-Lada merah

Cara-cara
-Bahan iaitu bawang merah, lada merah, ikan bilis, kunyit hidup ditumbuk kemudian direbus.
-Masukkan garam, asam keping dan daun turi biarkan sehingga mendidih kemudian bolehlaa diangkat.

Tips dan info penyusuan hebat di www.mithalimoms.com.my

#copypaste
#shareforbenefitothersaswell

Ekzema : info dan cara mengatasinya tanpa ubatan steroid


INFO LENGKAP TENTANG ECZEMA

1) Apakah Ekzema dan Gejala Gejalanya?

Ekzema (dikenali sebagai dermatitis atopik) memberi kesan kepada kira-kira 10 hingga 20 peratus kanak-kanak, kebanyakkan mempunyai gejala yang tidak teruk, tetapi ada kronik dan tidak srmbuh walau dewasa

Ekzema didiagnose dengan gejala seperti ruam bersisik merah yang mungkin berkerak ; kulit kering gatal, kata Miriam Weinstein, pakar dermatologi pediatrik di Hospital Toronto .

Bayi selalu mengalami ekzema pada dahi, pipi dan kulit kepala, pelipat dan juga siku. "ruam boleh terjadi di mana mana sahaja bahagian kulit" kata Weinstein.

2) Siapa yang berisiko mendapat ekzema?

Jika anda atau ada ahli keluarga yang ekzema, asma atau resdung,  allergik, anak anda berisiko mendapat ekzema, tetapi anak-anak yang tidak mempunyai sejarah allergik dalam keluarga pun boleh mendapat ekzema. Ia biasanya muncul sebelum umur dua tahun.

"Berita baiknya 60 hingga 70 peratus kanak-kanak akan sembuh daripada ekzema bila meningkat remaja" kata Janice Heard, pakar kanak-kanak.

3) Apa yang menyebabkan ekzema?

Kulit biasa bertindak sebagai halangan ia memegang air di dalam dan pada masa yang sama melindungi apa yang di bawahnya dari dunia luar. Disebabkan oleh kecacatan dalam genetik, penghidap ekzema mempunyai halangan kulit yang rosak.

Kulit hilang kelembapan, dan bendasing mudah menembusi kulit dan masuk ke dalam badan dan "menghidupkan" sel-sel imun kulit. Inilah yang mencetuskan keradangan dan membawa kepada gatal-gatal dan ruam. (Virus dan bakteria tertentu juga mudah menjangkiti, menjadikan bayi dan kanak-kanak ekzema lebih terdedah kepada jangkitan kulit.)

4) Apa yang boleh anda lakukan?

"Kita tidak boleh menyembuhkan ekzema, ia adalah penyakit genetik,  tetapi ia adalah satu penyakit yang boleh dikawal," Weinstein.

Pakar mengesyorkan setiap hari 15 minit rendam dalam air suam untuk menambah kelembapan kulit . Elakkan air panas, sabun kimia dan mandi buih, yang boleh menyebabkan gatal, kemerahan dan ekzema flare-up. Untuk semua jenis cucian, basuh pakaian, basuh pinggan mangkuk, mainan kanak kanak, guna sabun yang tidak tajam.

Selepas anak anda mandi, perlahan-lahan tepuk tepuk tuala pada badannya untuk menyerap air, semasa kulitnya masih sangat lembap, sapu krim pelembap. Sepanjang hari pastikan dia memnyapu krim pelembap 2-3kali

Pilihan krim bergantung kepada kesesuaian kulit anak anda. Pesakit ekzema mempunyai alahan yang berbeza. Cuba dahulu mana-mana krim yang dicadangkan, jika tidak merengsakan kulit dan menjadi radang maka krim itu sesuai untuk anak anda. Mulakan rawatan ekzema seawal yang mungkin.

5) Mencegah flare-up?

Anda harus mengetahui apakah punca yang boleh menyebabkan ekzema flare up. Antara penyebabnya mungkin termasuk fragrance dan pewarna dalam produk seperti syampu, sabun, bahan pencuci pakaian dan juga kain kasar seperti bulu domba.

Ada juga yang bertindak balas kepada bulu haiwan. Menggaru juga boleh menyebabkan flare up, jadi pastikan kuku bayi pendek dan licin.

Bagi sesetengah kanak-kanak, cuaca yang panas serta udara yang hangat boleh mencetus ekzema. Hal ini sering tidak dapat dielakkan.

Sesetengah pesakit alah pada makanan tertentu seperti makanan laut, kacang, susu, makanan bergula dan sebagainya. Malangnya, banyak ekzema flare up tanpa sebab yang diketahui

6) Bagaimana Merawat ruam ekzema?

Tidak kira berapa rajin anda  menggunakan krim untuk mengelakkan iritasi, ruam ekzema anak anda masih muncul.

Caranya adalah dengan cepat menyapu krim untuk menenangkan sel-sel imun yang terlalu aktif sebaik sahaja anda melihat kemerahan, ruam ruam atau kulit kasar.

Ramai ibu bapa takut untuk menggunakan krim steroid, mereka bimbang tentang akibat steroid seperti penipisan kulit, dan pelbagai lagi kesan buruk steroid.

Penggunaan steroid dalam jangka masa lama memang memudaratkan. Namun jika hanya untuk digunakan dalam masa terhad, ketika ruam ekzema flare up dan menjadi kronik adalah tidak mengapa. Selepas ekzema menjadi stabil, anda boleh lah menggunakan krim semulajadi.


7) Bagaimana dengan Alahan Makanan ?

Alahan makanan telah dianggap sebagai penyebab ekzema, namun kajian baru-baru ini, ramai pakar percaya ia berlaku sebaliknya. Ekzema boleh membawa kepada alahan makanan, kata Edmond Chan, ketua alahan dan imunologi di Hospital BC Kanak-kanak di Vancouver.

Sebagai contoh, jika zarah protein kacang tanah, masuk ke kulit kering pecah sebelum seorang kanak-kanak mula makan makanan yang mengandungi kacang, ini boleh memprogramkan sistem imunnya untuk alahan kepada kacang.

8) Bagaimana menggunakan produk Najlaa untuk ekzema ?

Produk Najlaa Herbal Cream, Balm, Sakura soap dan Serum di rumus menggunakan herba- herba perubatan seperti daun senna, kunyit, bonglai dan sebagainya yang memberi manfaat baik kepada ekzema.

Selain itu produk ini menggunakan bahan bahan asas seperti minyak kelapa dara dan minyak zaitun, yang dipercayai membantu mengurangkan gejala ekzema.

Herbal Cream dan Serum turut dirumus menggunakan mineral Zinc Oxide, yang sangat terkenal untuk menhilangkan ruam-ruam kulit. Serta mengandungi gliserin sayuran, yang berkesan dalam menambah kelembapan kulit.

9) Cara guna produk Najlaa untuk ekzema?

*๐Ÿ‘‰Eczema Kering*
===============

▶Jika kulit gatal- gatal. Sapu balm dahulu kemudian herbal cream. Lakukan sekurang kurangnya 2x sehari

▶ Selepas 30 minit kemudian, sapu serum di bahagian eczema tersebut.

Tujuannya untuk melembapkan kulit yg kering tersebut.

▶ Sabun Sakura digunakan untuk mandian 'top-to-toe'. Untuk ekzema kronik, anda boleh potong sebahagian sabun, rendam dalam air, goncang dan gunakan untuk cucian badan

--------------------------------------

*๐Ÿ‘‰Eczema Basah*
(Ruam-ruam berair)
================

▶ Sapu Herbal Cream sekurang kurangnya 2x sehari. Sapu sehingga ruam betul-betul kering & sembuh.

▶ Setelah sembuh & kering sepenuhnye, sapu bahagian tersebut dengan serum untuk penjagaan kulit supaya kekal lembap, lembut & tidak merekah semula.

▶ Sabun Sakura digunakan untuk mandian 'top-to-toe'. Untuk ekzema kronik, anda boleh potong sebahagian sabun, rendam dalam air, goncang dan gunakan untuk cucian badan